Tuesday, 25 December 2012

Cara Ketua Gangster Di China Cari Isteri (9 Gambar)


Di China terdapat banyak taikun kaya yang terlalu sibuk nak dating akibat bisnes dan terpaksa membeli bini. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran Yuan 50 000 kepada agensi perkahwinan yang berjaya mencarikan isteri yang sesuai untuk mereka.

Tidak mengejutkan tawaran ini menyebabkan lebih 2000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi calon isteri kepada billionaires ini. Wanita yang menawarkan diri mereka datang bukan sahaja dari China malahan ada yan datang dari Singapura dan Australia. Dari 2000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temu bual bagi mengecilkan selection pool kepada hanya 28 orang.

Mereka ditemurah di Guangzhou

1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori.

2) Temu ramah berkenenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Billionaire mahukan bini yang ada status dan bukan bini semata-mata

3) Ujian psikologi.. bagi memastikan calon bini tidak mental

4) Pemeriksaan bintang Astrologi - Kerana billionaire superstitious dan mahukan bini yang sesuai dengan bintang zodiak

5) Saringan akhir dimana calon bini dipasangkan dengan salah seorang dari 11 billionaire.

#Oh dan paling best billionaire ini semua mahukan bakal bini yang masih dara.



Monday, 24 December 2012

Sunday, 23 December 2012

Shila Amzah Ke Amerika



PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah berasa lega apabila permohonan visa untuk dia mengadakan persembahan pada acara World Music Award (WMA 2012) akhirnya diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini pada tengah hari Selasa.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.

"Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal.

"Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu.

"Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu)," kata Shila yang akan ditemani ibunya, Fauziah Sarman dan bapanya iaitu penyanyi ND Lala.




Dalam kedua-dua kategori itu Shila bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J.

WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Tambah Shila, lebih istimewa menerusi acara itu dia turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia.

Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan.

Kata Shila, dia bersyukur apabila pihak penganjurnya, Vida Beauty membuka peluang untuknya mengadakan konsert sendiri yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Hotel One World, di sini.

"Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert sendiri.

"Alhamdulillah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari usia saya sembilan tahun sehinggalah sekarang.

"Pada masa sama ia juga merupakan konsert amal di mana saya sendiri serta para pembeli tiket dapat membuat sedikit amal kebajikan. Sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan serta mangsa-mangsa perang di Gaza, Palestin," ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Shila, tiket berharga RM3,500 hingga RM60,000 (satu meja) boleh ditempah menerusi talian 013-3935808 (Nurin), 05-5264199 (Ezura) dan 013-2895808 (Zamri) atau layari www.vidabeauty.com.my.
P/S: Wah bertuah kak Shila.. Ape pun saye doakan yang terbaik untuk kak Shila ok ! *saye peminat Shila Amzah tau*

Gadis Hampir Terbunuh Selepas Kerusi Buatan China Patah (5 Gambar)


Gadis Hampir Terbunuh Selepas Kerusi Buatan China yang dikatakan sangat murah ini patah.
Kerusi tersebut hancur dan serpihan tersebut tercucuk pada badan gadis tersebut. Memang kualiti kurang bagus sehingga gadis yang tidak begitu berat pun boleh rosakkan kerusi.







Kelly Clarkson Bukan Lesbian, Bakal Bertunang




SUDAH bertahun-tahun Kelly Clarkson dianggap lesbian oleh segelintir pihak, namun tanggapan itu ternyata salah apabila dia mengumumkan telah pun bertunang dengan kekasihnya, Brandon Blackstock.

Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi berusia 30 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Brandon yang juga pengurus peribadinya itu selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta.

"Saya dah bertunang! Saya ingin semua orang tahu ia benar-benar perkara yang paling membahagiakan.


"Saya beruntung ditemukan seorang lelaki paling hebat," katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Bukan sekadar mengumumkan pertunangannya, pelantun lagu Because Of You itu mempamerkan cincin bertatahkan berlian di jarinya.

Pasangan rasmi bertunangan pada Jumaat lalu. ..

Saturday, 22 December 2012

Bapa Tampar Anak Kerana Bertudung!




Ceritanya bgini… Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. “Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak….” Pangggggggggggggggg gggg….!

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. “Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


Makanan haram pengaruhi lakukan dosa


Oleh Lokman Ismail



Pemilihan makanan halal perlu diberi perhatian. Perkara ini penting kerana banyak makanan dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam. Kemungkinan termakan makanan haram disebabkan bercampur kandungan haram seperti sumber daripada babi atau cara penyembelihan tidak mematuhi syariat, agak besar jika kita tidak berhati-hati.

Tidak haram makan makanan dihasilkan pengusaha bukan Islam jika dipastikan bahannya halal dan disediakan mengikut kehendak Islam. Namun, lebih baik jika umat Islam mengutamakan makanan disediakan orang Islam untuk mengelak keraguan. Memastikan yang halal wajib diusahakan.
Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172)
Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Pengaruhi jiwa, minda

Makanan haram memberi kesan besar kepada kehidupan Muslim terutama dalam mempengaruhi jiwa dan minda. Jasad yang terbina daripada makanan haram akan mendorong melakukan perbuatan derhaka kepada Allah. Sifat buruk seperti tamak, hasad, malas melakukan ibadat dan cintakan kehidupan dunia lebih cenderung dilakukan mereka yang hidupnya menggunakan makanan haram.

Seorang ulama, Sheikh Ali Syazali ada menyebut: "Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah. Sebaliknya, sesiapa makan benda tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan melakukan maksiat."

Memakan makanan haram menyebabkan kemurkaan Allah. Jasad terdapat daging dan darah yang terhasil daripada sumber haram tidak diterima ibadatnya dan sukar dimakbulkan doanya. Di akhirat hidupnya adalah di dalam neraka. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu haram, maka apa neraka baginya adalah lebih utama." (Hadis riwayat Tirmizi).
Justeru, amat penting selidiki dan memastikan sumber makanan dan minuman dimakan serta diminum adalah halal. Ahli keluarga yang hidup daripada sumber makanan haram tidak akan menikmati kebahagiaan hidup biarpun dalam kemewahan dan kesenangan. Hati dan perasaan kosong dan sentiasa tidak bahagia.

Kita perlu makan untuk keperluan jasad membina kekuatan fizikal dan minda, bukan makan untuk kepuasan hidup. Fahaman ini mendorong perbuatan minum arak dan terpengaruh dengan teori karut untuk memuaskan nafsu dengan memakan haiwan eksotik.

Dilarang melampaui batas

Islam tidak melarang menikmati makanan dan minuman yang diingini selagi tidak melampuai batasan agama. Makan banyak dan tidak terkawal menjadi punca obesiti dan mendatangkan banyak masalah kesihatan.

Kita perlu bersyukur nikmat makanan dikurniakan Allah SWT. Bayangkan nasib mereka berdepan masalah kekurangan makanan.

Allah SWT menjadikan kelaparan sebagai satu ujian. Sesiapa yang bersabar dia beroleh kegembiraan.

Kelaparan yang dimaksudkan bukan saja tiada makanan, tetapi juga pantang akibat penyakit. Justeru, langkah awal untuk mengelak penyakit ialah mengawal cara pemakanan.

Friday, 21 December 2012

Pembuatan Kondom Proses Terakhir Sebelum Dijual (9 Gambar)

Kondom getah yang pertama di dunia telah dicipta pada tahun 1855. Jom kita tenogk proses terakhir sebelum kondom dipaket dan dijual iaitu proses untuk menguji ketahanan dan kekukuhan getah kondom.











Serius - Selebriti mati paling kaya di dunia

Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia. 


Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan. 

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta. 

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra. 

Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada tayangan setiap filem-filem lakonannya. 

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya. 

Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta. 

Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dan Steve McQueen. - Kosmo



10 Kejadian Luar Biasa Di Dunia

Inilah buktinya Tuhan Maha Kuasa atas segala sesuatu, di dunia ini banyak sangat terjadi fenomena unik yang manusia sendiri tidak dapat jelaskan. Kita sebagai manusia yang kerdil patut bersyukur dengan apa yang terjadi di sekeliling kita. Mari tengok 10 Kejadian Ajaib Di Dunia ini.


















Thursday, 20 December 2012

Fesyen Terkini Braces Gigi Di Indonesia


Kini, remaja di Indonesia menjadikan braces gigi sebagai satu fesyen terbaru. Jika pemakaian braces yang sebenar mencecah RM4 ~ 6 ribu, dengan hanya RM3.20, mereka mampu bergaya mengalahkan Double A dengan braces palsu ini. Malah, mereka akan kelihatan sebagai anak orang berada.






Biar pokai asal bergaya .. SUMBER

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung- mai baca sat!



Isu sebenar yg berlaku di Syiria..

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yang benar2 kepada Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada membawa kpd Islam yg sbenar..

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi  beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;





Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya

Fakta wasukalu

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. 

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria
1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel

3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas
    kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.

Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah.

Ingat yahudi ingat syiah, 
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?
Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

5 CARA BUAT DUIT SECARA ONLINE

Membuat wang semasa anda tidur . Mempunyai cincin yang bagus untuknya, bukan? Setelah membaca buku seperti "Ayah Kaya Ayah Kaya...