Sunday, 23 December 2012

Kelly Clarkson Bukan Lesbian, Bakal Bertunang




SUDAH bertahun-tahun Kelly Clarkson dianggap lesbian oleh segelintir pihak, namun tanggapan itu ternyata salah apabila dia mengumumkan telah pun bertunang dengan kekasihnya, Brandon Blackstock.

Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi berusia 30 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Brandon yang juga pengurus peribadinya itu selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta.

"Saya dah bertunang! Saya ingin semua orang tahu ia benar-benar perkara yang paling membahagiakan.


"Saya beruntung ditemukan seorang lelaki paling hebat," katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Bukan sekadar mengumumkan pertunangannya, pelantun lagu Because Of You itu mempamerkan cincin bertatahkan berlian di jarinya.

Pasangan rasmi bertunangan pada Jumaat lalu. ..

No comments:

Post a Comment

5 CARA BUAT DUIT SECARA ONLINE

Membuat wang semasa anda tidur . Mempunyai cincin yang bagus untuknya, bukan? Setelah membaca buku seperti "Ayah Kaya Ayah Kaya...